Kita rasa dikhianati bila
dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberinya peluang untuk
menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup
kesilapan dan membela dirinya. Kita terlupa kita juga pernah
membiarkan dia ternanti-nanti, kerana ada juga janji yang tidak
kita tepati. Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan
kita.Waktu itu terfikirkah kita tentang perasaannya? Seperti kita,
dia juga tahu rasa kecewa tetapi kita sering terlupa!
Untungnya mempunyai seorang kekasih yang sentiasa di sisi kita pada
waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita,
segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,
dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita sehingga
terlupa pasangan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama
kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang
rasa bimbangnnya, rasa takutnya?Pernahkah kita menenangkan dia
sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita
gembiranya?
Mam pukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup
semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?Dapatkah
kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh
dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak
rebah?Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kekasih yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaannya, kerana dia juga
seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih
dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan seseorang
sebagai kekuatan. Jadilah kita seseorangnya itu. Kita selalu
melihat dia ketawa tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang
kita sangka.
Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin
diluahkan, di sebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu
kekalutan, kita tidak tahu tetapi jika kita cuba jadi kekasih
seperti dia, mungkin kita akan tahu.
Wahai sang kekasih, renungilah
0 comments:
Post a Comment